
|
TENTANG BLOG ▲
Blog ini dibina khas untuk semua pelajar umumnya dan pelajar SMK Horley methodist amnya. Melalui blog ini, Cikgu akan berkongsi segala maklumat terutamanya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Sedia maklum bahawa negara kita sedang menghadapi musibah yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup. Atas sebab itu, blog ini diharap dapat membantu para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. TINGGALKAN KOMENTAR ANDA▲ Leave your footprints. Thank you? MAKLUMAT TERKINI ▲
KERANAMU MALAYSIA ▲
MASA ITU EMAS ▲
KALENDAR ▲
Calendar Widget by CalendarLabs CARIAN
| LAPORAN PERLAKSAAN PAMERAN
Saturday, May 21, 2016 | 11:04 PM | 0 comments
LAPORAN
HARI PAMERAN KETERAMPILAN MEMBACA
BMK 3033- Keterampilan Membaca
Pensyarah: En Khairul Azam Bin Bahari
Ahli Kumpulan:
Mohamad Hafizi Bin Johan (D20141067619)
Siti Maisarah Binti Amran (D20141067609)
Dayang Rathika Binti Abang Affendi (D20141067605)
Noor Adila Binti Darhman (D20141067616)
Muhamad Asyrafi Bin Md Zin (D20141067681)
Nurul Razliana Binti Raduan (D20141067608)
Pada 10 Mei 2016 iaitu sebelum hari kejadian, kumpulan kami telah melakukan persediaan awal di Bitarasiswa untuk menghias sudut pameran kami. Kami mula berkumpul seawal pukul 3.00 petang untuk melakukan kerja-kerja untuk menghias sudut pameran tersebut. Pada mulanya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk pembahagian tugasan untuk memudahkan gerak kerja.
Kami berenam bertungkus lumus menyiapkan senarai nama ahli kumpulan kami.
Persediaan sebelum menghias pada waktu malam.
Gerak kerja kami bermula
pada sebelah malam pula di mana kami menghias meja pameran kami untuk
persediaan hari esok. Kami memilih untuk melakukan persediaan lebih awal untuk
memudahkan pergerakan majlis pada keesokan harinya. Kami mula berkumpul seawal
pukul 8.00 malam untuk memulakan gerak kerja dan berjaya menyempurnakannya pada
pukul 11 malam. Setelah itu, kami pulang untuk menanti hari esok.
Gerak kerja di sebelah malam.
Seterusnya, pada jam 8.00 pagi kami semua ahli yang kumpulan yang
terlibat dalam hari pameran BMK ini mula berkumpul di dalam dewan Bitara Siswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil. Pada ketika
itu kami kami telah berusaha menyiapkan dengan sempurna ruang pameran kami
sehingga jam 9 pagi sementara menunggu kehadiran pelajar dari Sekolah
Kebangsaan Proton City, Tanjong Malim. Selepas jam 9.00 pagi, pelajar-pelajar
dari sekolah berkenaan mula memasuki dewan Bitara Siswa dan berkumpul di dalam
dewan tersebut. Sekitar jam 9.30 mereka telah datang melawat setiap ruang
pameran dari satu tempat ke satu tempat sehingga ke ruang pameran kami.
Ruang pameran alat bantu mengajar yang kami berjaya hias.
Keadaan di setiap sudut meja pameran
Ada juga
dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan yang datang melawat ruang pameran kami
telah mencuba dengan ujian yang telah diberikan oleh kami. Kami telah memberi
beberapa ujian berkenaan dengan apa yang kami pamerkan. Antaranya menyuruh pelajar
menjawab soalan iaitu perkataan yang berbeza dari huruf yang sama seperti yang
dipamerkan oleh kami. Ada juga dalam kalangan pelajar yang dapat menjawab
soialan yang dikemukakan oleh kami dengan baik. Lantaran para pelajar tersebut
dapat menjawab soalan kami, mereka telah diberikan hadiah sebagai tanda
penghargaan dan tahniah kepada mereka kerana telah dapat menjawab soalan dengan
baik.
Bersama beberapa orang pelajar.
Pada jam
10.00 pagi, telah berlaku upacara merasmikan hari pameran BMK ini. Majlis ini
dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman. Selepas itu,
majlis ini diteruskan dengan bacaan doa. Selepas bacaan doa, kata-kata aluan
diberikan oleh pengerusi majlis. Kemudian, majlis tersebut telah dirasmikan
oleh Ketua Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Tepat
jam 11.00 pagi, telah bermulanya lawatan oleh para pensyarah untuk membuat
penilaian setiap pameran dan ia berlanjutan sehingga pukul 12.30 tengah hari.
Kumpulan kami juga turut menerima lawatan dari para pensyarah yang membuat
penilaian untuk diberikan terhadap pameran yang telah dilakukan kami. Pensyarah
yang membuat penilain juga telah menanyakan beberapa soalan mengenai apa yang
kami pamerkan. Soalan-soalan yang ditanya oleh para pensyarah yang membuat
penilaian telah dijawab dengan baik oleh kumpulan kami.
GAMBAR DAN AKTIVITI SEPANJANG PAMERAN
Sekitar
jam 12.30, telah berlangsung majlis pengisytiharan kumpulan yang memenangi
dalam hari pameran tersebut. Terdapat tiga kumpulan yang telah berjaya
memenangi memenangi dan juga telah mendapat hadiah dari pihak penganjur. Selepas
majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang itu tamat, kami mula pulang
ke ruang pameran kami. Kami juga telah bersiap sedia untuk mengemas
barang-barang dan pameran kami kerana majlis ini sudah tiba ke penamatnya.
Setelah selesai mengemas barang, kami diberikan makanan yang disediakan.
Selepas itu, majlis hari pameran tersebut telah tamat pada jam 1.00 petang, kami pulang kediaman
masing-masing.
Sekian, Terima Kasih
Kumpulan H5
0 Comment(s)
|