
|
TENTANG BLOG ▲
Blog ini dibina khas untuk semua pelajar umumnya dan pelajar SMK Horley methodist amnya. Melalui blog ini, Cikgu akan berkongsi segala maklumat terutamanya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Sedia maklum bahawa negara kita sedang menghadapi musibah yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup. Atas sebab itu, blog ini diharap dapat membantu para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. TINGGALKAN KOMENTAR ANDA▲ Leave your footprints. Thank you? MAKLUMAT TERKINI ▲
KERANAMU MALAYSIA ▲
MASA ITU EMAS ▲
KALENDAR ▲
Calendar Widget by CalendarLabs CARIAN
| LAPORAN PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Saturday, May 21, 2016 | 6:35 PM | 0 comments
BMK3033
KETERAMPILAN MEMBACA
SEMESTER 2 SESI 2015/2016
TUGASAN KUMPULAN:
AHLI KUMPULAN:
NAMA PENSYARAH : ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI
KUMPULAN KULIAH : H
1.0 DEFINISI
1.1 Teknik Abjad
Teknik abjad
merupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan
kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun. Teknik abjad juga
merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar, mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf
dari A-Z. Selepas itu, kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i,
o, u serta huruf-huruf konsonan. Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid
mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata,
perkataan dan gambar yang ditunjukkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil dalam pelaksanaan teknik ini iaitu:
a)
Guru menyuruh pelajar melihat gambar
yang disediakan didalam buku skrap
b)
Setelah melihat gambar tersebut, guru
meminta pelajar membaca perkataan yang terletak di bahagian depan gambar
tersebut.
c)
Setelah menyebut perkataan berdasarkan
gambar tersebut, guru meminta murid-murid menyenaraikan perkataan lain bagi
gambar tersebut. Contohnya huruf a selain perkataan ayam adalah arnab.
d)
Setelah selesai menyenaraikan perkataan
yang diminta, pelajar perlu melakukan aktiviti pengukuhan yang telah disediakan
oleh guru bagi mengukuhkan perbendaharaan kata murid-murid.
1.2 Teknik Eksplisit
Selain itu,
kumpulan kami juga menggunakan teknik yang seterusnya iaitu teknik eksplisit
atau lebih dikenali sebagai teknik mengajar perbendaharaan
kata (strategi pengumpulan kosa kata). Pengajaran perbendaharaan kata merupakan bahagian yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bacaan. Terdapat pelbagai
teknik perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan oleh para penyelidik, sebagai bakal guru, kami
hendaklah bijak memilih teknik yang sesuai digunakan untuk para pelajar.
Oleh itu, teknik eksplisit atau strategi pengumpulan kosa
kata untuk mengajar perbendaharaan kata kepada pelajar. strategi pengumpulan
kosa kata direka untuk membantu pelajar menjana perbendaharaan kata yang hendak
dipelajari dan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar untuk menambah kosa
kata mereka.
Strategi pengumpulan kosa
kata ini diperkenalkan adalah berdasarkan pertimbangan yang berikut :
a)
Motivasi dalaman mempunyai pengaruh yang kuat untuk
meningkatkan pemerolehan dan perkembangan perbendaharaan kata.
b)
Teks bercetak merupakan sumber utama perkataan dan
istilah baharu.
c)
Orang dewasa mengembangkan pembelajaran kosa kata dengan
sistematik dan strategi yang tersendiri.
d)
Perkataan yang ada dalam pengalaman pembaca adalah lebih
mudah dipelajari.
e)
Keupayaan mengumpul kosa kata meningkatkan kepekaan
kepada kosa kata baharu dan kenikmatan mempelajari mereka.
Dalam melaksanakan
strategi ini, beberapa prosedur perlaksanaan telah diambil kira dan mengandungi
empat langkah, iaitu :
1.
Memilih perkataan
i)
Pelajar diminta mencari perkataan yang mereka ingin tahu
lebih lanjut daripada bahan bacaan yang guru mereka arahkan untuk membacanya.
Contohnya, pelajar diminta memilih perkataan-perkataan yang dapat membantu
mereka memahami sesuatu bidang ilmu. Proses yang dijalankan bermula dengan
perbincangan secara berkumpulan sebelum perbincangan secara kelas diadakan bagi
menentukan perkataan yang dianggap penting untuk dikaji.
2.
Mendefinisikan perkataan
ii)
Pelajar secraa individu atau secara berkumpulan
mencadangkan satu atau lebih perkataan yang mereka percaya mereka pelajari
dengan lebih mendalam. Bagi setiap perkataan yang dinamakan itu diberi
pendefinisian dan sebab musabab dicadangkan. Guru memandu perbincangan dalam
kelas untuk mendapatkan makna perkataan-perkataan yang dicadangkan melalui
bahan bacaan yang berkaitan. Akhirnya kamus boleh digunakan untuk mengesahkan
pendefinisian yang dibuat.
3.
Memuktamadkan perkataan
iii) Senarai perkataan yang
muktamad diperoleh dengan perbincangan lanjut untuk menyenarai pendek
perkataan-perkataan yang mempunyai ciri pendua. Senarai perkataan muktamad itu
kemudiannya didefinisikan secara lanjut supaya pelajar dapat mencatatkannya ke
dalam jurnal perkataan mereka.
4.
Memperluaskan pengetahuan berkaitan perkataan
iv)
Aktiviti susulan digunakan untuk membolehkan pelajar
memperinci dan memperluaskan makna perkataan
dalam senarai perkataan muktamat. Aktiviti susulan untuk setiap
perkataan yang terkandung dalam senarai bergantung kepada sifat dan fungsi
perkataan.
2.0 JENIS-JENIS
BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Teknik Abjad
Dalam
melaksanakan bahan bantu mengajar, kumpulan kami telah memilih beberapa teknik
untuk membantu murid-murid supaya lebih mudah memahami apa yang diajar dan
menjadikan sesi pengajaran lebih menarik. Kami telah menggunakan teknik
penbendaharaan kata iaitu teknik abjad. Menerusi teknik ini, kami telah
menghasilkan buku skrap. Di dalam buku skrap ini terdapat gambar-gambar dan
juga perkataan. Buku skrap ini mengandungi 26 huruf abjad yang terdiri daripada
huruf a-z. Setiap huruf yang yang diletakkan kami padankan dengan gambar yang
sesuai. Contohnya huruf pertama ialah A, maka kami padankan huruf tersebut
dengan gambar ayam serta kami menyelitkan perkataan ayam itu bagi memudahkan
pelajar membaca dan mengeja gambar yang ditunjukkan tersebut. Setelah
murid-murid melihat kesemua 26 abjad tersebut, kami akan meminta murid-murid
tersebut menyenaraikan perkataan lagi bagi huruf yang ditunjukkan. Proses ini
adalah untuk mengukuhkan lagi teknik membaca murid-murid agar proses membaca
mereka berjalan dengan lancar.
2.2 Teknik Eksplisif
Dalam melaksanakan teknik eksplisif pula, kumpulan kami telah memilih
beberapa jenis bahan bantu mengajar bagi membantu murid-murid untuk lebih mudah
memahami apa yang diajar dan menjadikan sesi pengajaran menjadi lebih menarik
dan kondusif. Bahan bantu mengajar kami menumpukan kepada kosa kata. Menerusi
teknik eksplisit, kami telah menghasilkan satu bahan bantu mengajar iaitu dart
belon. Langkah pertama yang perlu diambil oleh guru ialah murid akan mencucuk
satu belon yang telah disediakan oleh guru bagi menentukan perkataan muktamat
yang perlu mereka jawab. Murid akan perlu membuka tali yang digunakan untuk
mengikat kertas tersebut yang sudah dituliskan perkataan di dalamnya,
seterusnya membaca perkataan tersebut dengan lantang. Seterusnya, murid tersebut
perlu mendefinisikan perkataan tersebut dengan maksud atau padanan perkataan
yang sesuai dan tepat berdasarkan ayat yang diberikan. Langkah ini dapat
meningkatkan keseronokan murid untuk belajar dan mengasah minda mereka untuk
berfikir secara kritis bagi mencari dan mendefiniskan kosa kata atau perkataan
yang telah di pilih dengan padanan yang sesuai.
Aktiviti seterusnya, pelajar dikehendaki
menampal kosa kata atau perkatan tersebut mengikut padanan yang tepat dan
sesuai mengikut perkataan-perkataan yang telah disediakan di papan pameran atau
di atas kad manila yang telah ditampal maksud atau istilah kepada kosa kata
yang diperoleh oleh murid setelah menjalankan aktiviti yang pertama tadi.
Seterusnya, pelajar tersebut diberikan satu jurnal atau buku yang telah
disediakan oleh guru. Pelajar tersebut dikehendaki membina ayat berdasarkan
kosa kata yang diperolehinya tadi. Hal ini akan membantu pelajar melahirkan
idea penulisan yang baik dengan kosa kata yang baru dan membantu meningkatkan
perbendaharaan kata pelajar tersebut.
Dalam menghasilkan bahan pengajaran tersebut pelbagai jenis bahan telah
kami gunakan termasuklah kertas warna, pensil warna, kad manila, kotak dan
lain-lain lagi. Bahan-bahan tersebut telah kami gunakan dan kemudiannya diolah
menjadi satu bahan bantu mengajar yang lengkap dan berguna dalam proses
pengajaran yang dijalankan. Hal ini keran bahan bantu mengajar tersebut dapat
menarik minat murid untuk belajar dan memperoleh dan mengumpul kosa kata serta
memperbanyakkan perbendaharaan kata mereka. Dalam melaksanakan bahan bantu
mengajar ini, kami telah membuat satu carta alir dan langkah-langkah yang
diambil untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut seperti berikut:
3.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
3.1 Teknik Abjad
3.1.1
Kebaikan teknik abjad.
1)
Menepati sistem Bahasa Melayu.
Teknik
abjad ini menepati sistem bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang
hampir tetap bunyinya. Keadaan ini memudahkan murid untuk terus mahir membaca
dan tidak timbul kekeliruan yang akan merencatkan proses membaca tersebut.
2) Membolehkan
kanak-kanak mempelajari perkataan baharu.
Teknik
abjad ini sangat relevan di aplikasikan dalam pengajaran seseorang guru. Hal
ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan
baharu berdasarkan teknik yang di ajarkan. Walaupun, murid-murid belum
mempelajarinya namun mereka secara langsung dapat mengenali huruf-huruf mahupun
suku kata yang di tunjukkan. Keadaam ini mendorong murid-murd untuk belajar
membaca.
3) Memberi
asas binaan yang kukuh
Dengan
kemahiran asas yang mantap dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca
akan menimbulkan satu motivasi diri yang positif dalam diri setiap murid.
4) Memberi
kecekapan dan keyakinan terhadap proses membaca
Murid
akan lebih yakin dengan kebolehannya sendiri dan semakin cekap. mereka dapat
bersaing sesame sendiri dengan cara yang sihat dan minat untuk belajar semakin
terbuka. Murid mampu untuk berdikari dalam membaca perkataan baharu, meskipun
tidak pernah mempelajarinya kerana murid telah menguasai dan mengenal huruf.
3.1.2
Kelemahan teknik abjad
1.
Murid-murid
mementingkan sebutan dan kelancaran membaca
Selain
mempunyai kelebihan teknik abjad ini juga mempunyai kelemahan seperti
murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memhahami apa
yang mereka baca. Kaedah ini hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca
sahaja. Oleh itu, murid-murid akan menjadi terbiasa dengan hal yang mudah.
2. Murid
tidak faham apa yang mereka baca
Hal
ini kerana, murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. malah
mereka mengenal sesuatu bacaan itu melalui gambar-gambar yang ditunjukkan oleh
guru. Maka murid-murid hanya tahu membaca berdasarkan apa yang dilihat dan
dieja. Hal ini menyebabkan mereka tidak memahami apa yang dibaca oleh mereka.
Oleh itu, teknik abjad ini juga tidak sesuai digunakan semasa pengajaran kerana
prosesnya itu tidak bermakna.
3. Pengajaran
tidak secara keseluruhan
Teknik
ini dikatakan tidak sesuai semasa pengajaran kerana pengajaran yang digunakan
tidak bersifat menyeluruh dan bermakna. Hal ini boleh mendatangkan kebosanan
kepada murid-murid. Secara zahirnya, teknik ini tidak berkesan dalam sesi
pengajaran guru-guru.
3.2 Teknik Eksplisit
3.2.1
Kebaikan Teknik Eksplisit
1)
Menarik minat pelajar belajar kosa kata
Bahan bantu mengajar yang
telah disediakan ialah pecahkan belon.
Permainan ini lebih kurang sama dengan permainan baling dart. Kami menggantikan
dengan belon kerana kami merasakan belon adalah satu permainan yang amat
digemari oleh kanak-kanak. Ianya amat bersesuaian sebagai permaianan untuk kanak-kanak yang berumur lima sehingga tujuh
tahun. Kosa kata akan diperoleh apabila kanak-kanak memecahkan belon yeng telah
disediakan. Dari situ pelajar dapat memadankan kosa kata yang terkandung di
dalam belon tersebut dengan maksud yang telah disediakan oleh para guru.
Melalui cara ini, dapat dirasakan bahawa para pelajar akan lebih minat untuk
belajar kosa kata. Penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat
pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja
malah pembelajaran yang menyeronokkan mampu membantu para pelajar mencapai
objektif yang telah dirancang,
2) Meningkatkan kosa kata
pelajar
Melalui bahan bantu mengajar
yang telah dipilih ini juga mampu meningkatkan kosakata pelajar. Pelbagai
kosakata yang baru telah disediakan oleh para guru. Tujuan memperkenalkan kosa
kata baru adalah untuk membantu para pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan
memudahkan para pelajar membina dan mengarang ayat dengan kosakata yang
pelbagai. Pelajar yang meletakkan kosakata yang pelbagai dalam karangan
sememangya akan membantu pelajar tersebut memperoleh markah yang tinggi.
3) Membangkitkan rasa ingin tahu
pelajar terhadap kosa kata yang baru.
Sekiranya pelajar salah memadankan
kosakata dengan maksud yang telah disediakan, para pelajar akan diberi peluang
untuk membetulkan kesilapan tersebut sehingga jawapannya betul. Apabila pelajar
memberikan jawapan yang betul maka pelajar akan diberikan ganjaran hadiah.
Melalui cara ini, persaan ingin tahu berkenaan kosakata tersebut semakin tinggi
dan para pelajar akan bertambah semangat untuk menjawab soalan dengan betul.
Hal ini akan membangkitkan suasana yang seronok dan tidak membosankan di dalam
kelas.
3.2.2
Kelemahan Teknik Eksplisit
1)
Aspek keselamatan yang kurang
selamat
Alat tajam seperti jarum telah
digunakan bagi bertujuan memecahkan belon yang disediakan. Alat yang tajam
tidak sesuai digunakan untuk para pelajar di sekolah rendah kerana ianya boleh
mendatangkan kecederaan kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar-pelajar sekolah
rendah kebiasaanya akan teruja dalam sesuatu perkara dan mereka kemungkinan
akan berebut untuk memecahkan belon-belon yang ada. Perkara yang ditakutkan
ialah jarum tesebut akan tercucuk dan melukakan para pelajar. Aspek keselamatan haruslah diutamakan oleh para
guru bagi memastikan pelajar belajar dalam keadaan yang selamat tapi
menyeronokkan.
2) Penggunaan kosa kata yang
kurang sesuai
Pemilihan kosa kata yang sesuai haruslah dititikberatkan oleh
guru. Kesilapan yang kami telah lakukan ialah menyenaraikan kosa kata aras
tinggi untuk pelajar-pelajar darjah satu. Kesannya ialah para pelajar tidak
dapat menjawab soalan dengan betul. Hal ini menyebabkan pelajar kurang
bersungguh-sungguh memberi jawapan kerana mereka tidak tahu maksud kosakata
yang disenaraikan tersebut. guru haruslah mneyediakan kosakata aras rendah dan
yang bersesuaian dengan tahap pemebelajaran para pelajar sekolah rendah.
3) Memerlukan peralatan iaitu
belon dalam kuantiti banyak
Permainan ini memerlukan belon
dalam kuantiti yang banyak. Hal ini disebabkan belon akan dipecahkan dan harus
diganti dengan belon yang lain mengikut bilangan pelajar yang menyertai. Belon
tidak boleh diguna semula apabila pecah. Jadinya belon haruslah digantikan
dengan peralatan yang boleh digunakan semula dan tidak memerlukan dalam kuantiti yang banyak. Malah permainan
belon ini sangat renyah kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk meniup belon
yang banyak.
4.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Kamarudin Hj Husin (1988) telah
merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu
pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
1)
Memberi rangsangan
Bahan bantu
mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat
meransangkan para pelajar untuk belajar dalam jangka masa yang panjang . Para
pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
2)
Mengekalkan minat
murid.
Bahan bantu
mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus
memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Contohnya bahan-bahan
seperti cerita-cerita teladanrakaman video sebenar dan permainan-permainan yang
menarik , mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para
pelajar.
3)
Membantu pemahaman
dan perkembangan kosakata para pelajar.
Melalui bahan bantu
mengajar juga dapat menguatkan kefahaman dan meningkatkan kosakata para
pelajar. Melalui aktiviti menarik yang pelbagai dapat mendorong pelajar untuk
memahami dan mengingati kosakata dengan mudah dan ianya amat membantu pelajar
dalam membuat karangan dengan kosakata yang lebih menarik dan pelbagai.
4)
Mempelbagaikan
aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Suasana dalam kelas
lebih seronok dan tidak membosankan dengan adanya pelbagai aktiviti yang
menarik dalam sesi pembelajaran. Pelajar sekolah rendah memerlukan aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan agar mereka dapat memberi tumpuan ketika guru
mengajar. Selain itu aktiviti berkumpulan akan memberi peluang pelajar
berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, dengan teknik abjad ini
proses membaca dapat dijalankan dengan lancar. Maka adalah tidak menghairankan
apabila kaedah abjad ini masih digunapakai oleh guru-guru dari zaman dahulu
hinggalah ke zaman teknologi kini. Ini membuktikan betapa pentingnya kemahiran
asas iaitu mengenal huruf dan mengeja ditanam dalam minda murid-murid agar
mereka boleh meneroka kemahiran yang lain yang lebih bermakna dan bermanfaat
iaitu kemahiran membaca. Setiap pembacaan yang baik datangnya daripada minat
yang mendalam terhadap sesuatu yang kita niatkan. Oleh itu, sebagai seorang
guru kita perlulah menerapkan minat membaca dalam diri murid-murid dapat
membaca dengan lancar dan berkesan.
Manakala dalam pelaksanaan teknik ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar telah didedahkan dengan
teknik perbendaharaan kata yang menggunakan srategi pengumpulan kosa kata.
Pelajar turut didedahkan dengan perkataan-perkataan atau kosa kata yang baharu.
Hal ini membantu menambah koleksi perbendaharaan kata para pelajar. strategi
pengumpulan kosa kata dan perbendaharaan kata ini, ianya amat membantu pelajar
melahirkan idea penulisan dan juga percakapan yang menarik serta mampu
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis dengan menggunakan koleksi kosa kata yang
mereka miliki. Oleh itu, guru merupakan insan yang memainkan peranan penting
dan seharusnya bijak dalam memilih dan melaksanakan bahan bantu mengajar yang
sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
RUJUKAN
Kamarudin Hj
Husin. (1988). Penguasaan Kemahiran Membaca :
Kaedah Dan Teknik Membaca. Kumpulan Budiman.
Jabatan
Pendidikan Khas. (1998). Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas(Masalah Penguasaan 3M). Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Hallahan, D.P
& Kaufman, J.M (1997). Exceptional
Children: Introduction to Special Education (7th ed.) Needham Heights M.A:
Allyn & Bacon
0 Comment(s)
|