+Facebook

+Instagram

+YouTube



TENTANG BLOG ▲

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU HAFIZI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Blog ini dibina khas untuk semua pelajar umumnya dan pelajar SMK Horley methodist amnya. Melalui blog ini, Cikgu akan berkongsi segala maklumat terutamanya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Sedia maklum bahawa negara kita sedang menghadapi musibah yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup. Atas sebab itu, blog ini diharap dapat membantu para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Sekian, Terima Kasih.



+FOLLOW HOME INFO PANITIA SEJARAH NOTA SEJARAH

TINGGALKAN KOMENTAR ANDA▲



Leave your footprints. Thank you?

MAKLUMAT TERKINI ▲

Terima Kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.





KERANAMU MALAYSIA ▲



MASA ITU EMAS ▲



KALENDAR ▲

Calendar Widget by CalendarLabs

CARIAN




PDPR TINGKATAN 3 (KHAMIS 19/NOVEMBER/2020) (PENDIDIKAN MORAL)
Thursday, November 19, 2020 | 12:00 AM | 0 comments

 MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN MORAL

TARIKH/MASA: 19 NOV (09.30-10.30 PAGI)

Selamat pagi buat semua murid 3S3. Cikgu harap semua dalam keadaan sihat dan baik pagi ini. 

Baiklah untuk pembelajaran pada hari ini, sila ikut langkah-langkah seperti berikut;

1. Sila rujuk dan baca buku teks Pendidikan Moral Ting 3 Unit 14 muka surat 210 sehingga 217. 

2. Setelah membaca buku, murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang telah disedikan oleh di dalam buku latihan. 

3. Setelah siap, murid dikehendaki menghantar gambar latihan yang telah disiapkan secara personal melalui aplikasi Whatsapp sebagai bukti penglibatan murid pada hari ini sebelum pukul 2 petang.

Sekian, terima kasih.



0 Comment(s)
PDPR TINGKATAN 4 (RABU 18/NOVEMBER/2020) (SEJARAH)
Wednesday, November 18, 2020 | 11:07 PM | 0 comments

 MATA PELAJARAN: SEJARAH TING 4

TARIKH/MASA: 18 NOV 2020 (09.30-10.00 PAGI)

Selamat pagi buat semua murid. Selamat kembali ke pembelajaran atas talian. 

Cikgu harap hari ini kamu semua akan lebih bersedia untuk belajar secara atas talian. 

Untuk pembelajaran subjek Sejarah pada hari ini, sila ikut langkah-langkah seperti berikut;

1. Murid dikehendaki menyertai pembelajaran melalui aplikasi Google Meet selama 30 minit. Sila klik pautan berikut untuk menyertaai aktiviti tersebut. 

2. Guru akan menerangkan keseluruhan topik pembelajaran dengan menggunakan bahan atau modul yang juga telah disediakan kepada murid. 

2. Selepas menyertaai Goole Meet, murid dikehendaki menjawab soalan-soalan di dalam modul yang telah disediakan kepada setiap murid. 

3. Murid dikehendaki menjawab soalan di dalam modul tersebut untuk 30 minit seterusnya. Murid dikehendaki menghantar gambar jawapan yang lengkap yang telah disiapkan secara personal melalui aplikasi Whatsapp kepada Cikgu sebagai bukti penglibatan murid pada kelas hari ini. Gambar perlulah jelas beserta nama murid dan kelas untuk memudahkan Cikgu menyemak jawapan murid.

Sekian, terima kasih. 

0 Comment(s)
PDPR TINGKATAN 3 (RABU 18/NOVEMBER/2020) (PENDIDIKAN SENI & VISUAL)
| 11:05 PM | 0 comments

 MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

MASA/TARIKH: 18 NOV (8.00-9.00 pagi)


Selamat Pagi. 

Apa khabar semua? Cikgu harap semua dalam keadaan baik pagi ini.

Untuk pembelajaran subjek Pendidikan Seni pada hari ini, sila ikut langkah-langkah seperti berikut;

1. Memandang ini bab terakhir dlm silibus Pendidikan Seni, murid dikehendaki untuk merujuk buku dan membaca buku teks Pendidikan Seni & Visual muka surat 137 sehingga 143. 

2. Selepas membaca, murid dikehendaki melengkapi peta i-Think berdasarkan pembelajaran pada hari ini. 

3. Murid dikehendaki menghantar gambar peta i-Think yang telah disiapkan secara personal melalui aplikasi Whatsapp kepada Cikgu sebagai bukti penglibatan murid pada kelas hari ini sebelum pukul 2 petang. Gambar perlulah jelas beserta nama murid dan kelas untuk memudahkan Cikgu memberikan markah TP/Band kepada setiap murid. 

Sekian, terima kasih



0 Comment(s)
« Previous Post
Trollface / Problem? / Coolface  - Rage Face Comics